BENDERA NEGERI
Bendera
Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih. Jalur merah dan putih
ini membawa maksud 13 buah negeri di Malaysia dan sebuah kerajaan
Persekutuan.
Bendera Malaysia
mempunyai empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan biru. Warna biru
tandanya perpaduan. Warna kuning ialah warna diraja. Bulan sabit lambang
agama Islam negara ini. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah
negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan.
BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat.
Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.

BENDERA NEGERI KEDAH
Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun.
Pada maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan
penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu
unsur-unsur
yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan
bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian
Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang
berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah.
Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan
bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang
bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas
hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat,
adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah
negeri yang beraja dan berdaulat.

BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan
Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.
BENDERA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah
hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
BENDERA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
BENDERA NEGERI MELAKA DARUL AZIM
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan
dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak
bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
BENDERA SARAWAK BUMI KENYALANG
Warna
merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam
daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai
negeri contoh. Warna
kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order),
perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna
hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah,
balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Simbol
bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat
perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU
Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan
Kerajaan Negeri Sabah.
BENDERA NEGERI PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
Bendera
baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini
digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah
Persekutuan.
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
- Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
- Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
- Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
- Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
- Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

